::ASPERiaN FORUM::
selamat bensantai

ASTROLOGI CINA

View previous topic View next topic Go down

ASTROLOGI CINA

Post by colorex on Wed 02 Jul 2008, 2:30 pm

ASTROLOGI CINA

TAHUN ANJING (1922, 1934, 1946, 1958, 1970, 1982, 1994, 2006)
Sifat positif : Kamu yang lahir pada tahun anjing mempunyai hubungan yang rapat dengan masyarakat. Lazimnya sifat semulajadi si anjing memang setia pada tuannya, begitu juga dengan kamu yang bernaung di bawah tahun ini. Kamu memang setia, jujur dan menjadi inspirasi kepada orang lain terutama teman-teman dan ahli keluarga kamu. Kamu juga boleh dipercayaiapabila diserahkan amanah dan juga bijak menyimpan rahsia.
Dari segi kewangan, memang kamu tidak pernah mewah tetapi tidak pula putus belanja. Rezeki kamu murah dan selalu membantu teman-teman yang memerlukan bantuan kamu. Penaung tahun anjing memang mempunyai kredibiliti menjdi seorang ketua yang bagus.

Sifat negatif : Kamu degil, mementingkan diri sendiri dan terlalu mementingkan kesempurnaan. Kadang kala kamu seperti tidak mempunyai perasaan dan tidak memberi respon terhadap masalah orang sekeliling. Biar pun secara semulajadi kamu memang ‘mesra alam’, namun keadaan hingar bingar atau happening akan menjadikan kamu menyorokkan diri dari orang lain. Awas! Kamu memang laser orangnya, sekali kamu memberi komen atau kritikan pasti akan membuat orang lain kecil hati.

TAHUN TIKUS (1924, 1936, 1948, 1960, 1972, 1984, 1996, 2008)
Kamu yang bernaung di bawah tahun tikus memang terkenal dengan sifat pengoda. Sekiranya kamu si gadis, pasti si jejaka akan mudah tertarik dengan kamu. Daya imaginasi kamu tinggi, baik hati dan mempunyai gaya yang menawan. Tetapi, awas! Kamu mudah marah dan kadang-kadang apabila di minta untuk mengkritik, over pula. Kamu amat berkira mengenai soal kewangan dan sekiranya mempunyai peluang mengenai sesuatu yang bagus, pasti kamu tidak akan melepaskannya.Memang kamu bijak mengambil kesempatan. Kamu juga suka bergosip.

TAHUN LEMBU (1925, 1937, 1949, 1961, 1973, 1985, 1997, 2009)
Kamu memang penyabar orangnya dan selalu menjadi inspirasi kepada teman-teman kerana keyakinan kamu di dalam hidup. Namun, biarpun penyabar kesabaran juga ada hadnya kerana kamu mudah marah sekiranya sesuatu perkara tidak mengikut selera kamu. Namun, kadang kala kelakuan kamu aneh dan menimbulkan tanda tanya pula kepada orang sekeliling. Dari segi mengikut peraturan, memang kamu konservatif. Jangan tidak tahu, penaung tahun lembu memang bijak membuat kerja yang menggunakan kemahiran jari dan tangan.

TAHUN HARIMAU (1926, 1938, 1950, 1962, 1974, 1986, 1998, 2010)
Sensitifnya si harimau, emosional dan mempunyai jiwa yang penuh dengan kasih sayang.
Tetapi kamu memag degil dan selalu ingin melakukan sesuatu mengikut cara kamu. Biarpun nampak garang, namun marah kamu sekejap sahaja. Kelemahan kamu ialah dari segi membuat keputusan atau pilihan. Memang kamu sukar untuk memilih atau memutuskan sesuatu perkara sehingga menimbulkan masalah di kemudian hari.



TAHUN ARNAB (1927, 1939, 1951, 1963, 1975, 1987, 1999, 2011)
Kamu memang bercita-cita tinggi, baik dan mempunyai sifat lemah lembut yang lazimnya menjadikan orang sekeliling senang dengan kehadiran kamu. Namun, kadang kala kamu menjadi terlalu sentimental sehingga merimaskan orang pula. Di dalam soal kehidupan, kamu memang berhati-hati dan konservatif. Sikap bijak meramal dan suka bermain dengan nombor menjadikan kamu berjaya sebagai ahli perniagaan.

TAHUN NAGA (1916, 1928, 1940, 1952, 1964, 1976, 1988, 2000)
Bertenaga! Itulah yang boleh digambarkan mengenai sikap si penaung tahun naga. Sifat semulajadi si naga yang memang selalu nampak berazam dan sering berkeyakinan mengenai dirinya menjadikan si penaungnya popular dikalangan teman-teman. Kamu memang dikurniakan dengan bakat semulajadi, bijak dan sukakan kesempurnaan. Kadang kala sifat degil dan bermulut celupar boleh membawa masalah kepada kamu.

TAHUN ULAR (1917, 1929, 1941, 1953, 1965, 1977, 1989, 2001)
Kamu pendiam dan hanya bercakap apabila perlu. Sifat buruk kamu ialah sikap mementingkan diri sendiri kedekut,namun apabila berhadapan dengan teman atau ahli keluarga yang memerlukan bantuan, kamu akan membantu dengan sepenuh hati. Hidup kamu berlandaskan falsafah, mempunyai daya penarik dan romantis apabila becinta. Orang sekeliling senang dengan kamu kerana kamu bijak berjenaka dan sering mempunyai pandangan mengenai kehidupan yang memberi inspirasi terhadap orang lain.

TAHUN KUDA (1918, 1930, 1942, 1954, 1966, 1978, 1990, 2002, 2014)
Kamu memang ceria dan memang popular di sekolah/kolej/tempat kerja. Kapasiti untuk bekrja kuat memang mengagumkan, malahan kamu berdikari dan boleh melakukan tugas sukar seorang diri. Selain daripada bijak dan peramah, kamu tetap mempunyai sikap mementingkan diri sendiri dan egoistic. Ini kerana kamu terlalu yakin dengan kemampuan diri dan tidak menghargai bantuan orang lain.

TAHUN KAMBING (1919, 1931, 1943, 1955, 1967, 1979, 1991, 2003, 2015)
Penaung tahun kambing selalu dikaitkan dengan kebijaksanaan dan seni. Mereka lazimnya pemalu, pesimistik dan kadang kala kabur mengenai keputusan mengenai masa depan. Si penaung tahun kambing terkenal dengan gaya elegen, mempunya citarasa seni yang baik, namun selalu menjadi orang pertama untuk mengkritik orang lain. Kamu memang suka mengkritik dan sentiasa nampak kesilapan orang lain. Tolong buang sikap meterialistik kamu.

TAHUN MONYET (1920, 1932, 1944, 1956, 1968, 1980, 1992, 2004, 2016)
Mereka dipanggil si genius. Ini kerana si penaung tahun monyet memang inovatif dan sering mahu tampil dengan imej sendiri, juga boleh membantu menyelesaikan masalah biarpun berada dalam keadaan tertekan. Kebijaksanaan kamu memang tidak boleh disangkal lagi dan bijak bergaul dengan orang lain. Kamu memang popular dikalangan teman-teman. Namun kamu harus buang sikap kamu yang suka mengambil kesempatan dan tidak boleh dipercayai itu.


TAHUN AYAM (1921, 1933, 1945, 1957, 1969, 1981, 1993, 2005, 2017)
Kamu memang seorang pemikir kritis dan begitu berbakat di dalam bidang yang kamu ceburi. Kamu sukakan kesibukan dan kurang gemar membuang masa. Sekiranya kamu sedang melakukan sesuatu, lazimnya kamu akan melaksanakannya dengan selesai dan penuh komitmen. Kadang kala kamu dikatakan mempunyai kelakuan yang aneh mungkin kerana kamu gemar berfikir. Kurangkan berangan dan jangan terlalu ekstrem dengan keupayaan diri kamu.

TAHUN KHINZIR (1923, 1935, 1947, 1959, 1971, 1983, 1995, 2007, 2019)
Apabila mereka melakukan sesuatu, si penaung tahun khinzir akan melakukannya dengan sepenuh hati. Sikap jujur, setia dan toleransi terhadap orang sekeliling menjadikan kamu begitu disayangi. Namun, biarpun disayangi ramai orang, kamu memang tidak mempunai ramai kawan, namun apabila berkawan rapat, mereka akan kekal begitu sehingga ke akhir hayat. Kamu juga berupaya menyelesaikan tugasan rumit dan berbakat di dalam bidang yang kamu ceburi

_________________
:::I`m that man:::

colorex
Super Administrator
Super Administrator

Male
Number of posts : 151
Age : 27
Location : kedah
Job/hobbies : student lagi la..
Personal profile : Hai semua.. assalamualaikum saya dah selamat datang saya ucapkan kepada anda semua yg sudi meluangkan sedikit masa korang untuk join forum ni..maaf la sekirangan tak semeriah seadanya.. aku baru ja belajar buat benda2 alah ni..
Reputation : 2
Points : 68
Registration date : 19/06/2008

View user profile http://Prepaid4U.Net/?id=colorex89

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum