::ASPERiaN FORUM::
selamat bensantai

Aziz Satar hargai kesihatan

View previous topic View next topic Go down

Aziz Satar hargai kesihatan

Post by colorex on Thu 17 Jul 2008, 1:51 pm

PADA usia sebegini, selalunya sudah ramai yang mengambil keputusan untuk menghabiskan sisa-sisa masa di rumah bersama keluarga dan melayan kerenah cucu dan cicit.

Namun tidak bagi Datuk Aziz Satar, 82 yang tetap aktif dalam industri seni, tidak kira berlakon mahupun menyanyi malah selalu pula keluar kota menghiburkan peminat.

Terkenal dengan sikapnya yang mesra dan suka melawak, ia mungkin antara resipi Aziz yang mesra dipanggil Pak Aziz untuk kelihatan muda selalu.

Malah mungkin ramai yang tidak percaya melihatkan angka usianya itu memandangkan wajah dan tubuhnya yang masih segar dan kuat.

Dan jangan tak percaya, pada usia begini, beliau masih mampu naik tangga tiga empat tingkat tanpa henti dan berjalan kaki sebatu dua dengan bersahaja.

Kesihatan mindanya iaitu ingatan Aziz juga masih kuat malah boleh menghafal dialog tanpa sebarang masalah selain mempunyai pendengaran yang masih terang dan jelas.

Mengakui mengamalkan gaya hidup sihat, Aziz hanya makan nasi sehari sekali dan selalu mengambil roti mahupun capati dan tidak menjamah mi segera. Kalau adapun, hanya sekali dua dalam setahun selain suka makanan yang dimasak sendiri.

Mempunyai kencing manis namun tidak serius, kata Aziz, beliau juga mengamalkan gaya pemakanan sihat dengan ‘berhenti makan sebelum kenyang’.

“Kerana kalau kita terlalu kekenyangan juga boleh memudaratkan diri,” kata Aziz yang tidak pernah gemuk sejak zaman muda hinggalah ke usia sekarang.

Telah berhenti minum kopi dan meninggalkan tabiat merokok, Aziz juga menjauhkan diri daripada meminum minuman bergas.

“Saya juga mengamalkan senaman tapi gayanya lain sikit. Saya suka berjoging tapi tidak di padang rekreasi sebaliknya berjalan-

jalan di pusat membeli-belah.

“Seronok kerana sambil bersenam kita boleh menjamu mata melihat sekeliling kedai. Kalau penat, saya berhenti di kedai minum. Lepaskan lelah dan kemudian balik ke rumah,” ujarnya.

Malah, tegas Aziz, walaupun masih aktif berlakon, dia amat mengelakkan diri daripada menjalani penggambaran sehingga larut malam atau dinihari.

“Sebab ia boleh memudaratkan kesihatan. Pada usia begini, kita kenalah lebih menjaga tubuh badan,” kata Aziz.

Aziz juga percaya, selain kesihatan tubuh yang perlu dijaga dari awal, ketenangan diri turut menjadi antara faktor penyumbang kepada kesejahteraan hidup.

perjalanan

Beliau mengakui mengelakkan diri tidur selepas makan tengah hari sejak usia muda kerana ini boleh menimbulkan rasa malas dan menyebabkan perjalanan kerja menjadi tidak lancar.

“Alhamdulillah, ia memberi manfaat kepada diri. Dengan sendirinya ingatan sampai sekarang masih elok. Kalau diberi dialog, boleh hafal. Kalau ikutkan dalam umur begini, sukar nak buat tapi saya bersyukur kerana kalau bagi last minute pun saya masih boleh hafal tanpa masalah.

“Sebenarnya ada seorang tua dulu menyuruh saya mengamalkan surah Alam Nasrah bila sembahyang terutama sembahyang Asar bagi membantu ingatan.

“Selain itu saya juga suka membaca – surat khabar atau apa sahaja bahan bacaan. Saya suka naik kereta api kalau mahu ke Singapura atau Johor, jadi sepanjang perjalanan, saya suka membaca,” ujarnya.

Aziz yang terkenal dengan lakonan berkesan bersama Tan Sri P. Ramlee dan S. Samsuddin dalam Bujang Lapok juga mengakui ketenangan diri menjadi salah satu elemen dalam dirinya untuk menghargai sebuah kehidupan. Beliau percaya, bahawa hidup yang tenang dapat memberi lebih nilai dan kualiti dalam kehidupan seseorang.

“Orang tua saya dulu selalu tanya, ‘siapa orang yang selalu senang dalam dunia?’ Dan saya akan menjawab orang kaya. Tapi dia kata salah, orang yang senang dalam dunia ini adalah orang yang tidak ada hutang dan saya yakin dengan perkara itu.

“Sampai sekarang, saya takut dan tidak mahu berhutang. Kalau nak beli barang, saya beli tunai. Nak beli kereta pun, saya kumpul wang sampai cukup, baru beli kereta.

“Pakai kereta kecil pun tak apa, asalkan saya tidak berhutang kerana saya tidak suka fikiran saya terganggu kerana memikirkan hutang. Bukannya apa, saya takut bayar bulan-bulan. Manalah tahu kalau ‘tersangkut’, kita juga yang susah.

“Malah saya percaya menabung itu satu keperluan kepada kita kerana kita tak tahu bila kita nak sakit demam. Bila kita ada simpanan maka urusan juga jadi mudah dan kita tak perlu risau menyusahkan orang lain,” tambah Aziz yang turut bersyukur kerana jarang jatuh sakit kerana percaya ia berikutan amalan menjaga kesihatan diri dan minda yang diamalkan selama ini.

_________________
:::I`m that man:::

colorex
Super Administrator
Super Administrator

Male
Number of posts : 151
Age : 27
Location : kedah
Job/hobbies : student lagi la..
Personal profile : Hai semua.. assalamualaikum saya dah selamat datang saya ucapkan kepada anda semua yg sudi meluangkan sedikit masa korang untuk join forum ni..maaf la sekirangan tak semeriah seadanya.. aku baru ja belajar buat benda2 alah ni..
Reputation : 2
Points : 68
Registration date : 19/06/2008

View user profile http://Prepaid4U.Net/?id=colorex89

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum