::ASPERiaN FORUM::
selamat bensantai

Nyah lemak pada perut

View previous topic View next topic Go down

Nyah lemak pada perut

Post by colorex on Thu 17 Jul 2008, 1:42 pm



RAMAI penduduk Malaysia yang obesiti kerana harga makanan yang murah, mudah mendapatkannya, terdapat pelbagai jenis pilihan makanan dan tidak bersenam.

Masalah obesiti atau terlebih berat badan tidak harus dipandang ringan kerana boleh mengakibatkan bermacam-macam jenis penyakit kronik seperti darah tinggi, lemah jantung, kencing manis dan sebagainya.

Obesiti dialami oleh semua peringkat usia dan jantina. Ia boleh menyebabkan seseorang itu menjadi rendah diri, tidak berkeyakinan dan tidak mahu bergaul dengan orang lain.

Justeru, lemak yang sering menjadi masalah kepada mereka yang mengalami obesiti harus segera disingkirkan daripada tubuh sebelum ia semakin bertambah dan sukar hendak disingkirkan.

Pada masa kini, terdapat pelbagai cara dan kaedah yang digunakan bagi menyingkirkan lemak daripada badan. Pakar kesihatan berpendapat senaman merupakan cara terbaik bagi membakar lemak dan mendapatkan bentuk tubuh yang langsing.

Terdapat juga mereka yang ingin mengambil jalan pantas dengan membuat rawatan sedut lemak, namun rawatan ini harus dibuat daripada doktor yang bertauliah dan kosnya pula bukanlah sedikit.

Ada juga yang hanya berani mengambil pil pelangsing atau teh bagi membuang toksik dan lemak dalam tubuh. Keberkesanannya mungkin dapat dilihat namun ia bergantung kepada kerajinan seseorang yang mengamalkannya.

Bagi wanita, di antara bahagian yang merunsingkan kerana terdapat banyak lemak terkumpul ialah perut. Ini menyebabkan perut menjadi buncit dan nampak seperti wanita yang sedang mengandung.

Bagi melindunginya, ramai yang selesa berbaju besar dan tidak mengikut bentuk badan. Namun alangkah ruginya kerana anda tidak dapat bergaya seperti wanita lain dan banyak fesyen yang sekadar hanya dapat ditatap dan bukan dicuba pada tubuh.

Untuk mengatasi masalah anda itu, mungkin anda boleh mencuba kaedah memecahkan lemak di perut mengikut cara ini. Harga rawatan ini adalah sebanyak RM68 bagi seluruh tubuh.

_________________
:::I`m that man:::

colorex
Super Administrator
Super Administrator

Male
Number of posts : 151
Age : 27
Location : kedah
Job/hobbies : student lagi la..
Personal profile : Hai semua.. assalamualaikum saya dah selamat datang saya ucapkan kepada anda semua yg sudi meluangkan sedikit masa korang untuk join forum ni..maaf la sekirangan tak semeriah seadanya.. aku baru ja belajar buat benda2 alah ni..
Reputation : 2
Points : 68
Registration date : 19/06/2008

View user profile http://Prepaid4U.Net/?id=colorex89

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum